Tuesday, July 13, 2010


TAJUK: RAHSIA HATI

KARYA: ZAIRA IXORA



BERMULANYA SEBUAH PROLOG…

Di waktu pagi kebiasaannya kafetaria di Uitm Shah Alam dipenuhi oleh pelajar

yang ingin bersarapan sementara menanti waktu kuliah bermula.

Disuatu sudut, kelihatan 3 orang sahabat sedang menghirup perlahan milo panas

yang dibeli oleh mereka sambil berbual-bual kosong.

“Korang berdua jadi ke nak ikut aku petang ni?”, tanya Intan kepada Ektisya dan

Izzati.

“Kau nak ke mana?” Izzati dengan muka kehairanan.

“laa..,takkan kau tak ingat! Aku minta kau korang temankan aku pergi ke library,

nak cari bahan assignments aku”.

“Sorrylah intan aku betul-betul lupa…kan Tisya?”

“ermm…betul aku pun lupa jugak Intan”, sahut Ektisya.

“iyelah tu..aku hempuk dengan beg aku ni baru nak ingat agaknya”,gerutu Intan.

“rileksla beb! Takkan itupun dah nak marah kot…”,

Izzati sambil tersengih sambil memujuk.